Sunday, 10 September 2017

tahun akhir


assalamualaikum :)

Ya Allah,last update blog ni masa tahun 2015 dan masa tu umur 21 tahun dan sekarang dah 2017 dah umur 23 tahun baru nak update balik -..-.okay sebenarnya blog ini dihidupkan semula adalah atas sebab yang sama macam sebelum ni tapi lain sikit.hihii..kalau sebelum ni buat blog ni untuk subjek figure design untuk dapatkan markah dan sekarang buat blog ni untuk subjek FINAL YEAR PROJECT 2!yes!kita dah di tahun akhir dah weii dan tahun depan practical!cepat sangat masa berlalu...

dah masuk final year project 2 ni paham-paham jela busy nya tu macam mana,tapi sekarang ni macam buat-buat relax dulu walaupun keje banyak..hahaha..okay untuk FYP 2 ni kita buat 3d animation dan alhamdulillah laptop ni masih bertahan lagi even asek-asek kena restart je sebab bila buat keje je hang.aku riso kang rosak laptop ni habih keje dalam ni T-T.tak pe dah buat backup banyak-banyak..dalam laptop ada..dalam external ada..dalam google drive pun adaa..hahaa..tamak sungguh.


letak muka happy siket  

doakan kami dapat habiskan degree dengan jayanya..aminn :)




Thursday, 17 December 2015

lukisan manusia campur ikan laga campur rama-rama


assalamualaikum :)

okay last entry untuk hari ni,aku nak tunjuk lukisan final aku untuk subjek figure design.alhamdulillah hat ni okay sikit la dari sebelum ni.aku buat lain tunjuk kat sir sebab yang fes tu aku tak puas hati langsung..tak berapa nak menarik sikit.

so yang ni lukis dalam kertas A4 untuk sir proceed kan design kita tapi finalnya kena lukis dalam ketrtas saiz A2.berganda ganda lagi besarnya.harap aku dapat lukis sebiji la dalam ni..bukan apa..lagi besar makanya lagi susah dan lagi lama la nak melukis nya.



ni la rupa dia ikan laga campur manusia campur rama-rama.manusia tu aku buat pakai baju ala-ala sekolah jepun sikit kot..pakai spek ala nerd sikit..rambut panjang berjurai.tapi nak lukis kecik ni pun lama jugak la..hahaa..paling lama masa nak kaler kan kepak dia tu.

aku doakan semoga aku ngan kawan aku yang lain dapat la buat final sem project ni dengan baik..amin..insya'Allah :)

keep blogging yeah!have a nice day :)

semalam saya jadi hantu salji~



assalamualaikum :)

rasa macam lepas beban satu bahu bila dah habis final present untuk kelas acting.yela..mana nak buat prop lagi..nak practice belakon lagi..nak practice menari lagi..lepas selesai semuanya semua..leganyaaa..semalam pun tido awal gila..koi 12..selalu aku mesti tidur yang paling last dalam bilik aku tu..jeles kot tengok dorang boleh tido nyenyakk..huks!huks!

so semalam adalah persembahan teater untuk acting for animation..hohoo..semuanya ada empat group.group aku yang terakhir sekali.group kitorang dalam empat tu je lain..yang lain buat pasal kekeluargaan sikit.kitorang buat pasal hantu jepun..hahaa..tapi semalam ramai cakap muka aku mankutkan..sebab pucat kemahinn aihh...



menakutkan ke comelll..*muntah hijau kuning pepel


tu masa makeup..tak pakai lagi kostumnye..kostumnye groupmate aku yang buat.pandai dia buat..dah rasa macam hantu salji betul dah..heheheee..sebelum persembahan tu takut sangat weiii..ketaqq habih la.lepas lepas habis je..satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan T-T



okay aku nak letak muka gedik aku pulak dalam blog ni..hahaa..ni lepas dah habis semuanya..makeup pun nak hilang dah..tapi jenuh nak tanggalkan makeup kat muka tu..tebai bebeno..nak bagi pucat kan..sakit muka aku duk sental-sental muka..huhuhuuuu

tu jela..papepun seronok la kelas acting ni..dia bagi satu pengalaman yang best untuk kitorang :)

have a nice day semua