Monday, 21 September 2015

pertama kali ke galeri petronas


assalamualaikum :)

lama jugak tak update blog kesayangan ni haa..hehee.bukan tak nak update.dah berhari try nak edit gambar tak mau mau.sebabnya format laptop so semua aku punya tempat edit gambar..tempat letak water mark semua hilang la kan.jadi aku pun edit pakai online jela.sebabnya tak mau mau sebabnya bila pakai online ni banyak yang tak bekenan di hati photo editor dia..hahaa.try nak download balik yang aku pernah pakai dulu tak boleh pulak dah..eiii tensyen lah camni!

tak pelah akhirnya jumpa jugak yang aku bekenan sikit..hihii..lepas dah edit.. terus la aku buat entry ni dari nanti blog aku jadi belapok pulak kan.

entry kali ni nak cerita pasal cerita hidup aku untuk hari sabtu lepas.sembilan belas haribulan sembilan tahun dua ribu lima belas..heheee :p . aku sebenarnya nak balik kampung sebab sepupu kawin!tapi sebab kan benda ni maka terbantutlah aku nak balik kampung..bukan apaa...aku lebih mengutamakan pelajaran terutamanya subjek FIGURE DESIGN <------- (MR M sila baca ) *sengih angkat kening.



tadaaa!kena pegi klcc ^ ^.kitorang sebenarnya kena pegi galeri petronas.tapi sebabkan kami-kami yang tak pernah pegi ni confiuss kat mana nya galeri petronas tu.so pegi terus ke tingkat empat terus ke petrosains.ingat sampai dah la kan..tengok kawan sorang pun tak nampak..okay tak pe bergambar dulu..miahaha

then,lama sangat kan tunggu orang tak sampai sampai.telefon kawan aku..tanya kat mana..okay rupanya dekat tingkat tiga.ni la orang kata datang klcc bukan nak melawat tempat tempat macam ni..duk kalut shopping..g taman ja..ish ish.. :P




pening aeh tengok benda ni..pusing pusing gerak gerak

okay..lepas tu nasib baik la masa kitorang sampai tu baru nak start.kitorang kena bawak skectbook saiz A3 tak pun A4 pun boleh.cam aku..aku bawak layout paper ngan benda benda macam charcoal pencil..pencil 2B sampai 8B.

kitorang dikehendaki untuk melukis dua benda yang ada dalam galeri tu.lukis kan maksudnya meniru so kena tiru apa yang ada dalam tu.camtu..masa kitorang lukis adalah dalam masa dua jam..kurang tak boleh lebih masa tak pe..hehe ^ ^


mula-mula encik ni bagi penerangan dekat kitorang.okay untuk pengetahuan..bayaran masuk adalah percuma. tersangat lega bagi student macam kami mendengarnya.hahaha..tapi encik ni kata nanti insya Allah galeri ni akan diperbesarkan sampai berapa tingkat aku pun dah tak ingat..

jadi masa tu galeri ni akan jadi taraf international.art-art yang ada dalam tu pun dari international..makanya nanti akan dikenakan bayaran..tak dela free dah macam sekarang.


lepas tu MR M yakni lecturer aku pulak yang berucap :) .nampak tak semangatnya MR M bercakap.hehee.lepas habis MR M cakap..kitorang pun terus masuk dalam galeri.bukan la kitorang terus melukis.mula-mula mestila kena jalan dulu..tengok dulu apa yang ada.yang mana satu yang minat nak lukis.lepas dah decide mana satu nak lukis duduk atas lantai baru melukis :)


owh!lupe pulak kena letak la gambar MR M ngan kawan kawan aku ni.lepas tu aku nak bergambar jugak ngan MR M..MR M lari dah..sedih saye MR M T-T


yang gambar atas ni adalah oliviero rainaldi . aku memang tak kenal la sape dia kan.masuk galeri ni baru la aku taw sikit sikit pasal dia. baru aku taw dia yang buat logo untuk jenama kereta maserati.


ni ha kereta nya.kereta ni kalau tak salah aku harga dia 1.3 million.gila hang..tenganga aku dengar.
kalau nak taw lagi pasal beliau..korang boleh la tengok tengok website dia http://www.olivierorainaldi.net/

tak pun kalau nak pegi cuci mata tengok kereta maserati tengok link ni
http://www.maserati.com/maserati/en/en/index.html

sekarang ni dekat galeri petronas tu tengah buat exihibition pasal oliviero rainaldi.boleh la tengok art dia dekat sana.


antara banyak banyak art dia aku paling paling suka yang ni...


cantik sangat..masa nak masuk tu ada satu video tunjuk cara dia buat yang atas ni dari mula sampai habis.mula-mula tengok tu macam benda apa yang dia buat kan..sebab nya kita tak nampak lagi..dah lama-lama tu..bila dah nak habis tu..okay lawa sangat ^ ^.lagi satu dia bercahaya pulak tu..lagi la kagum aku. kat bawah ni ada video pendek cara dia buat art dia tu..




masa ni kitorang tengah tengok video yang aku cakap tadi tu.seronok sebab dia tunjuk full so boleh la paham sikit sikit cane dia buat.step by step dia.


okay..akhir sekali kena tunjuk gambar tuan belog tengah tekun melukis..muahaha..sebenarnya kalau tengok mana-mana lukisan atau pun art dia macam senang je nak lukis.tapi..cuba try buat tengok..dua jam pun tak cukup weii...sampai hitam la tangan buat.untuk entry ni tak mau share lagi aku lukis apa..next entry la insya Allah..hehee

alhamdulillah..taw serba sedikit la pasal apa yang tengah ada kat galeri petronas ni..kalau tak..memang tak masuk dalam ni.okay itu sahaja..penat dah ni duk taip..hahaa..

have a nice day :)


No comments:

Post a Comment