Monday, 26 October 2015

zoo negara part 1


assalamualaikum :)

macam yang aku tulis dekat entry sebelum ni..aku nak cerita pengalaman aku pergi zoo negara untuk pertama kali nya.macam aku cakap hari tu,aku pegi zoo pagi-pagi balik petang dalam pukul tiga.pergi zoo tujuan utama nya adalah untuk melukis binatang-binatang kat situ.


kitorang pergi sekali dengan kelas 2d..ni semua tengah berkumpul la ni.then,sir pegi settle urusan tiket apa semua.lepas tu sir bagi talk sikit.


tudia mr m..tengah berceloteh..hehee..semua duk kusyuk dengo.tiket kalau tak salah aku harga dia rm 30 ringgir sorang tapi masa tu kitorang jadi member dapatla 10% diskaun.lepas tu dapatla gelang yang macam selalu mandi dekat taman tema tu.masuk je kitorang bergambar dulu..hihii..besela tu.lepas tu jalan sat kitorang jumpa binatang apa ntah..heee..macam monyet sikit.bising gila kot 'monyet' tu..hahaa..comel la pulak ^ ^


masa aku datang tu ada jugak rombongan budak tadika.semua tecik tecik je.alahai comei benoo..then,kebetulan masa tengah jalan tu ternampak la pulak show burung kakak tua.burung merah tu nama dia koko.dalam gambar tu dia tengah angkat kayu tu tulis 'welcome'.

lepas tu koko lawan dengan sekor lagi burung kakak tua nama apa aku dah tak ingat.semua pun bersorak kat dorang.ada satu benda yang kelaka masa dorang tengah lawan tu.tapi aku tak de gambar.nak cerita pun aku tak reti so lupekan jela..hehee

lepas tu rasa macam dah nak lewat satu benda pun tak lukis lagi.terus pergi dari situ..bejalan lagi.bejalan dalam tu penat jugak.besar jugak erkk.


jom jalan!fuh fuh ponatt

tak dela banyak sangat gambar binatang kitorang tangkap.sambil sambil jalan tu duk posing la sikit satu dua.tangkap gambar.....hahaa.tapi maleh la nak letak dalam ni kan :P .masa ni aku still tak decide lagi apa yang aku nak lukis sebenarnya..sebab semua macam susah jeeeee..hmmm..


macho tak macho tak > < ...sekumpulan apa ni nama diaa..hahahaaaa..aku jalan tapi aku tak tengok binatang tu nama apaa..sori sorii...dorang tengah berehat tu.tak panas ke rehat tengah tengah panas ni..tanduk dia tuu..kemain segak bergaya.ehem!

p/s : badan pun boleh tahan tuf..hakshaks



yang binatang aku paling suka paling minatttt sekali.tengok tu.hensem kan.hahaa..harimau putih.sebenanya masa kitorang nak datang tu dia bukannya ada dalam air lagi.lepas tu dia nampak kitorang datang terus kot masuk dalam air lepas tu mengaumm..dia jalan dalam air dengan penuh bergaya sekali..acewahhh..

jalan jalan keliling kandang dia tu.lepas tu ada sekor lagi duk atas tu.aku rasa isteri dia kot..hehee..tak kan harimau jantan pulak kot kan.macam sweet je dia duk pantau lua kandang isteri dia duk malangut je kat atas tu..hahahaaa:P


sian pulak aku tengok gajah ni.dari mata dia macam sedih je.tak taw la pulak kot mata dia macam tu..hihii.tapi dari kitorang datang sampai nak blah dari situ.duk je camtu.berdiri je.ada dua ekor tu..yang belakang tu menyorok pulak.


kebetulan ada meja kat situ.kitorang pun melukis la dekat situ.sat je.lepas tu sambung jalan balik cari binatang apa pulak nak kena lukis ^ ^.sampai sini je.tak mau taip entry panjang panjang..nanti mesti korang boring nak baca kan..soo tunggu part 2 pulak

have a nice day!


2 comments:

  1. Last pergi zoo negara xigt dah bila.huhu

    ReplyDelete
  2. untung la dapt g Zoo Negara,, huhuhu

    ReplyDelete